Abstract
The mosque is a place of profound significance among Muslims and functions as a centre for worship. It is imperative for Muslims to strengthen the financial management of mosques in order to facilitate various religious activities. This study aims to investigate the financial management practices of mosques in the Ranau district of Sabah. The primary objective of this research is to elucidate the sources of income and financial expenditures of mosques within this region. To achieve this objective, qualitative data were collected through semi-structured interviews with fourteen respondents, comprising seven mosque chairmen and seven mosque treasurers who are directly engaged in the financial management of their respective mosques. The collected data were analysed using both inductive and deductive methods. This research employs a multiple case study design, utilising purposive sampling to ensure the selection of relevant participants. The findings indicate that the financial management practices concerning income and expenditure among mosques in the Ranau district, as administered by the chairmen and treasurers, comply with the procedures established by the Sabah State Department of Islamic Affairs. This study provides valuable insights for mosque committee members in formulating guidelines that will enhance the capacity of mosque management to effectively oversee their financial income and expenditures.
Keywords: Finance, Mosque, Ranau, Record-keeping, Reporting
Masjid adalah tempat yang amat suci di kalangan umat Islam dan sebagai pusat menunaikan ibadah. Umat Islam dituntut untuk memperkasakan pengurusan kewangaan masjid untuk pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan. Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji pengurusan kewangan masjid di daerah Ranau, Sabah. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan sumber pendapatan dan perbelanjaan kewangan masjid di daerah Ranau, Sabah. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah temu bual digunakan bagi mendapatkan data primer daripada empat belas orang responden iaitu tujuh (7) orang pengerusi masjid dan tujuh (7) orang bendahari masjid yang terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan masjid. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif sepenuhnya yang menggunakan kaedah kajian temu bual manakala reka bentuk kajian ialah kajian kes berbilang dan menggunakan persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengamalan pengurusan kewangan masjid dari aspek pendapatan dan perbelanjaan kewangan masjid di daerah Ranau, Sabah oleh pengerusi dan bendahari masjid mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sabah. Kajian ini dapat memberikan panduan kepada ahli jawatankuasa masjid bagi merangka beberapa garis panduan yang boleh membantu pihak pengurusan masjid untuk mempertingkatkan keupayaan pengurusan pendapatan dan perbelanjaan kewangan masjid.
Keywords: kewangan; masjid; pelaporan; perekodan; Ranau
References
Hairunnizam Wahid, Nor Ghani Md Nor, Jaafar Ahmad dan Sanep Ahmad. (2009). Masjid dan Pembentukan Modal Sosial: Apakah Faktor Penentu Aktivism Masjid? dalam Sanep et.al (penyt.), Prosiding Bengkel Penyelidikan Gunaan dalam Ekonomi Islam, 1–9.
Hasan Bahrom. (2008). Menjana Sumber Kewangan Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi Ummah, Muhd. Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi (penyt.), Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Johor: Penerbit UTM.
Husnul Rita Binti Aris dan Nor Saadah Binti Musa, (2014). Pengurusan Tabung Masjid Ke Arah Pembangunan Ekonomi Masyarakat Setempat. Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014) (e-ISBN 978-967-13087-1-4). 1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Ibn Khaldun. (T.t.) Muqaddimah Kaherah: alMaktabah Tijariyyah al_kubra. ms403
Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad, Mariani Abd Majid dan Hairunnizam Wahid. (2001). Dana dan Harta Masjid di Malaysia: Ke Arah Pengurusan Strategik. National Workshop on Capacity Building Towards Excellence in Econ. Research & Policy Formulation. Fakulti Ekonomi UKM dan UUM 23-24hb April.
Joni Tamkin Borhan and Che Zarrina Sa’ari. (2003). Pembangunan Ekonomi Masjid dalam Norrodzoh Hj. Siren & Yusmini Md Yusoff (penyt.), Membangun Institusi Masjid. Kuala Lumpur: Intel Multimedia and Publication.
Joni Tamkin Borhan, Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Mohammad & Mohd Fauzi Abu@Hussin (2011), Membentuk usahawan Muslim: Peranan dana masjid. Al-Basirah, 1(1), 53–63.
Maliah Sulaiman. (2007). The Internal Control Procedures of Mosques in Malaysia. Blumenau, 3(2), 101–115.
Mohd Noor Azli Ali Khan, Mohd Zulrushdi Salleh dan Norhayati Salleh. (2008). Pengurusan Masjid: Satu Tinjauan ke atas Kecemerlangan Masjid, Mohd Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi (penyt.), Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Masjid. Johor: Penerbit UTM.
Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad, Azila Abdul Razak, Mohamad Ali Roshidi Ahmad. (2014). Persepsi Masyarakat Terhadap Keupayaan Pengembangan Dana Masjid. Sains Humanika 2:1, 13-21
Saimi Bujang (2015), Aplikasi Pendekatan Pemasaran Tempat ke atas Institusi Masjid. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak.
Siti Alawiah Siraj, Shahul Hameed Mohamed Ibrahim & Maliah Sulaiman (2008). Pengurusan Kewangan: Mempamerkan Akauntabiliti Masjid. IIUM. See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/258929702
Zainuddin Jaafar. (2001). Ke Arah Menjadikan Institusi Masjid Sebagai Pusat Kecemerlangan Komuniti Islam Selangor. Jurnal YADIM, 2.
Zakaryya Mohamed Abdel – Hady. (2010). The Masjid, Yeterday and today. Center for International and Regional Studies 2 (2010) : 5-10